Ahad, 15 Jun 2014

TUTUP SEJARAH LAMA,BUKA LEMBARAN BARU!!!

Setelah lama bercuti, maka tibalah kita untuk mengharungi cabaran terbaru yang bakal menunggu kita. Anggaplah segala yang terindah yang terungkai sejak 6 bulan yang lepas sebagai satu sejarah yang kekal abadi disanubari kita. Bekalan tonik kecemerlangan dalam organisasi SDH yang telah dijalankan pada 12.6.14 (khamis ) kita jadikan ia sebagai wadah untuk meneruskan tugas hakiki kita,mengajar, melentur, membaja para anak didik kita supaya mereka tidak dikembiri seperti tanggapan khalayak. Bayangkanlah,kita kehilangan sudah 6 anak didik yang comel menuju ke alam baqa'.Satu amal jariah yang berpanjangan, suatu amalan yang cukup bermakna.
     Menyorot kembali pengalaman semasa cuti, penulis blog ini ada menemui seorang rakan lama yang kini sedang berdepan dengan dugaan tuhan, anak disahkan terkena kanser! Anak beliau telah ditempatkan di HKL, salah sebuah hospital pioneer yang memulakan konsep SDH. Beliau mengakui kewujudan SDH sedikit sebanyak menjadi terapi psikologi dalam rawatan terhadap anak beliau. Mendengar setiap bait perkataan yang diucapkan,aku semakin teruja untuk menghebahkan, bukan setakat di PPUM, malah aku ingin menjerit seantero dunia meneriak tentang mulianya menjadi seorang guru dan sukarelawan SDH, persetan segala tohmahan yang timbul..sikap antagonis yang muncul dalam diri setiap yang bernama insan takkan mampu dipadam semuanya.Politik?..ini bukanlah masa mencanang itu dan ini.Inilah satu projek yang sangat mulia,menusuk hati dan menawan jiwa. Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
      Cukuplah madah penulis untuk ditatapkan sebagai mukaddimah luahan syukur. Bersyukur dan bersyukur atas limpah kurnia-Nya diberikan kesempatan untuk berbakti sebagai guru SDH PPUM.Sampai kita brtemu lagi di dalam coretan yang lain selagi line internet masih dalam quota....Hahahahaha..Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Hati Nurani!!!!!

P.s : jangan lupa, esok ada mesyuarat pukul 9.15pg..15.5.2014








   ALAMAK! ESOK MAU SEKOLAH KA??? HUHUHUHUHUUUU!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan