Sabtu, 21 Jun 2014

HARI SABTU SEKOLAH TAU!!! APA PANDANGAN ANDA??

   





       Bila disebut sekolah pada hari Sabtu, apa pandangan kalian?? Apa, sekolah??? Aduuyai, sekolah pada hari Sabtu bolehlah dikatakan amat 'dull '. Namun kita dah buat persetujuan bersama, sehati, sejiwa , seia dan sekata. Kalau dah tanggungjawab kena datang sekolah pada hari Sabtu, kita yang pilih...kita lah yang kena laksanakan. Bagi blogger, sekolah pada hari Sabtu ni best sangat...Agak-agakla kan, sebab apa blogger berkata sedemikian??

      Bagi seorang blogger yang merupakan anak jati Selangor,almostly Kuala Lumpur la, sekolah pada hari Sabtu sebenarnya memberi kelapangan kepada para guru untuk merencanakan sesi pembelajaran terutama di Sekolah Dalam Hospital PPUM..Al-Maklum la, surround di PPUM ni strand sangat-sangat. Jadi, kalau pada hari biasa kena berebut parking kereta, kena mencilok sana, cilok sini bagi yang naik motor, AWAS! Don't Try This At Home...namun semua itu takde masalah kalau kita bekerja pada hari Sabtu.Segalanya lapang Ya Robbi!!!..

        Bagi pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital pada hari Sabtu, actually there don't have any class on that day. Walau bagaimanapun, pintu kami sentiasa terbuka bagi sesiapa yang ingin meluangkan masa melawat Sekolah yang amat special ini. Pada waktu ini, para guru dan PPM (kalau datang la sebab mereka tak wajib ganti..) mereka perlu membereskan segala kerja berkaitan pentadbiran dan kerja - kerja lain yang dirasakan perlu sama ada setup SDH, siapkan dokumen penting termasuklah Laporan Pengajaran Harian (LPH), paling penting dan buat layan adalah buat blog macam kawe ni..Ye la, di zaman teknologi ni, kalau tak promote guna cara ni,orang diluar sana belum tentu memahami secara lanjut mengenai pelaksanaan SDH... Mereka bukan semuanya pernah masuk hospital dalam jangka masa yang lama. So, mungkin diaorang tak nampak. Mungkin dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapatlah mereka memahami definisi serta pelaksanaan SDH mengikut selera Malaysia , truly Asia.

      Secara keseluruhannya, Sekolah Dalam Hospital ini dapat memberi nilai tambah yang amat bermakna bagi seorang pelajar atau patient kerana tiada yang seumpamanya di hospital swasta melainkan kalau meraka invite NGO sekalipun, but its not permanent at all.Sebab all NGO's are fighting to do this thing but PPUM gave this to KPM and YNY to setup and operate this school....Ooops! lari tajukla pulak...yang penting Syiok wooo kerja pada hari Sabtu. Sekian.



P.S : Kalau ada yang tak setuju sila la komen di bawah ni..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan