Jumaat, 20 Jun 2014

HARI SUKARELAWAN ANJURAN YAYASAN NURUL YAQEEN

       Lazimnya bila cuti sekolah,buku campak ke tepi. Pergi bermain ke sana, ke mari mencari rakan -rakan yang boleh dijadikan geng sama ada untuk pergi main pancing ikan, main konda-kondi, main galah panjang, rouders dan sebagainya. Itu adalah gambaran blogger sewaktu blogger kecil 26 tahun yang lalu. Namun kini segalanya berubah. Pelajar normal di sekolah arus perdana apabila cuti, sama juga buku campak ke tepi, tetapi..diisi dengan permainan indoor yang memang sama sekali boleh menambah berat badan menjadi bertambah gebu ibarat kuih pau,contohnya...Joystick games, Ipad, I tab, serta macam-macam I...tapi bukan I Love U tau!!!....
        Sebaliknya apa yang bakal diisi oleh pelajar yang sakit ketika cuti,ek? Pada 28.5 2014 bersamaan hari Rabu baru ini, SDH PPUM seperti mana SDH lain di sekitar Klang Valley telah menganjurkan Hari Sukarelawan yang mana cuti para pelajar istimewa ini terisi dengan aktiviti yang disusun. Dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama pelajar ASWARA, pelajar UNITAR serta guru dan staf SDHPPUM telah berganding bahu menghiburkan para pelajar dengan memperkenalkan pelbagai aktiviti termasuklah berbentuk muzikal,story telling dan sebagainya. Apa yang menarik juga, para pelajar praktikal Fakulti Pendidikan UM pun join skali walaupun seketika.
       Para pelajar yang mengikuti aktiviti ini sangat teruja dengan penyampaian yang bersahaja namun unik dan berbaloi-baloi,mempamerkan kreativiti pelajar dan tak ketinggalan Datuk Atikah Adom, ex-CEO BSN mempamerkan kehebatan beliau dalam aktiviti story telling..syyyyy..Quiet in the library...bunyi haiwan....tampak lucu dan seronok hingga menguntum senyuman tak terkata.
       Pada masa yang sama, kehadiran press serta stesen televisyen lagi syiok..mekap cantik-cantik nak masuk tv n paper tu...bagi blogger,itu semua bukanlah satu perkara yang penting walaupun Datuk Atikah Adom menekankan Groom and Boom Your Image..kalau budak sakit, boom macam mana pun  tetap gak nampak sakitnya. Namun pengisian yang disampaikan cukup bermanfaat untuk para pelajar dalam mengisi masa lapang sewaktu cuti akhir penggal 1 selama hampir tiga minggu....lama tu!! Of course la, thank you Yayasan Nurul Yaqeen for organise this cool and fun programme. Diharap semoga selepas ini boleh la dijadikan niche area untuk sustain program ini pada setiap kali cuti sekolah berlangsung. Memang tak bosan la!!!

Gambar??? ni la yang kitorang nak masukkan...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan