Selasa, 24 Jun 2014

PROSES PdP PADA HARI INI....24/6/2014

     KUALA LUMPUR (24/6/2014 ) - Blogger melaporkan proses PdP yang berlaku pada hari ini tetap berjalan seperti biasa, namun apa yang menarik di sini adalah salah seorang pesakit ini amat mencuit hati para guru di sini di mana pesakit ini amat teruja dengan device or alatan yang ada di SDH PPUM ini. so, apalagi..tergelak besar la guru- guru di sini..
      Bagi blogger, ini merupakan satu perkembangan yang sihat bagi pesakit itu sendiri. Pesakit berasa teruja untuk belajar dan seterusnya bermain kerana SDH banyak dilengkapi dengan peralatan terkini yang telah terbukti menarik minat pelajar or pesakit mengulangkaji seterusnya menukar persepsi sekolah daripada satu yang dikatakn 'dull " menjadi satu tempat yang menyeronokkan.
     Sementara itu, pihak SDH PPUM telah didatangi oleh NGO SAHABAT PPUM yang diketuai pengerusinya, Prof..Dr. Dzul , seorang doktor gigi dari Fakulti Pergigian,UM serta timbalan, En.Rosly dan En. Zul. Mereka telah berkesempatan untuk melihat secara langsung proses pembelajaran di SDH PPUM dan seterusnya beliau (En Dzul) mencadangkan supaya para pelajar boleh dibawa keluar untuk menikmati pembelajaran secara semula jadi (Learning with Nature) yang mana pelajar akan menikmati kebebasan belajar namun dipantau oleh para guru dan para sukarelawan UM yang dilantik.
     Dalam kenyataannya, Dr.Dzul mencadangkan resort beliau di Kalumpang, Kuala Kubu Bharu, Selangor dijadikan projek Learning with Nature dengan kekarapan selama 2 minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada kesesuaian.Pihak SDH apabila diberitahu hal ini sangat berbesar hati untuk menerima tawaran ini kerana bagi SDH PPUM ini boleh dijadikan satu nilai tambah bagi mengembangkan lagi  konsep pengajaran taman or luaran dan seterusnya berupaya sebagai terapi bermanfaat untuk pelajar mengenal ciptaan menarik karya ALLAH S.W.T yang tidak ternilai hebatnya.
    Sebelum itu juga, SDH PPUM juga didatangi Prof. Dr Boey, dari Pejabat Dekan UM bagi meninjau secara dekat disamping ingin mengetahui tentang perjalanan operasi harian SDH PPUM.
    Akhirnya,blogger ingin merakamkan ucapan terima kasih  kepada beliau ( Dr. Dzul ). Beliau juga ujarnya, menjadikan ini sebagai satu projek CSR beliau bersama NGO SAHABAT PPUM sebagai sumbangan berharga yang boleh memberi manfaat kepada pesakit mahupun pelajar secara keseluruhannya.- BERITA & PUBLISITI SDH PPUM.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan