Bagi kami sebagai warga SDH PPUM, kami bersa sangat beruntung kerana kebetulan perhimpunan tersebut jatuh pada bulan keramat yang biasa diraikan para guru saban tahun iaitu pada bulan Mei. Pada hari tersebut kami telah bertungkus lumus menyediakan beg, backdrop pentas,kerusi, meja dan sebagainya.
Kami melihat bagaimana pesakit yang diraikan sangat ceria dan pada yang sama mampu menonjolkan bakat yang terpendam seperti Kong Kiat, Pelajar tahun 6 dari USJ,Subang Jaya mampu untuk bermain Ukelele bersama pemuzik jemputan.Khalayak berasa terpegun dengan petikan lagu yang dimainkan.
Tidak sah sekiranya perhimpunan yang memakan kos yang cukup besar ini tiada artis jemputan. Seperti mana sebelum ini, majlis ini telah diserikan lagi dengan kedatangan pelakon serta penyanyi terkenal, Lisa Surihani, Jacyln Victor, peserta Ceria Popstar, Khairul dan..... serta tidak ketinggalan Faizal Tahir yang turut sama memeriahkan majlis.
Secara keseluruhan, majlis berlangsung amat meriah dengan kehadiran robot Transformers, Naruto, Spiderman, Batman serta banyak juga booth yang dibuka sebagai penyeri bagi majlis. Majlis berakhir dengan nyanyian Faizal Tahir yang juga merupakan duta bagi program Hari Sosial Pediatrik Onkologi peringkat PPUM.
MERIAH TAK MAJLIS KAMI???NI LA NAMANYA TERAPI GEMBIRA...HAHAHA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan