Isnin, 23 Jun 2014

RAMADHAN VS PIALA DUNIA ...sekadar renungan dan tazkirah

      Alhamdulillah....akhirnya Ramadhan datang lagi..Rasa syukur terhadap nikmat yang sangat indah bagi setiap penganut islam. Tidak semua mampu untuk saban tahun merasai nikmat ini. Cuba kita bayangkan. Orang yang terpilih sahaja yang merasai kehadiran bulan Ramadhan ini. Sebab apa blogger berkata begitu? Cuba kita bayangkan....bulan demi bulan, tahun demi tahun, berapa ramaikah orang yang berada disekitar kita dapat menempuh bulan Ramadhan setiap tahun? Sebab kita perlu percaya, Allah telah berfirman :
     

  كُلُّ نٓفْسٍ ذَائِقَةُ المْوَتَ ٠٠٠٠٠٠٠٠

 "Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...."

     Adakah kita sedar akan akan amalan yang akan kita bawa bila kita mati kelak? Adakah cukup bekalan kita untuk persiapan sebelum kita pergi untuk selamanya? Adakah demam Piala Dunia bola sepak yang dicanang saban hari di kaca televisyen dapat membantu ? Itulah persoalan yang harus kita fikirkan, kita renungkan supaya keinsafan terus menyandari kita membuatkan kita berhijrah menjadi yang lebih baik.
      Ramadhan yang bakal menjelma kurang 5 hari dari penulisan blog ini pada jam 3.30 pagi, 23.6.2014'jelas membuatkan blogger untuk menyiapkan diri dengan bekalan yang ada walaupan demam Piala Dunia 2014 bertembung dengan bulan Ramadhan. Ingat! Bola, bola jugak...tanggung jawab terhadap Allah s.w.t jangan dilupa kerana keberkatan Ramadhan membawa seribu rahmat yang diberikan Allah khas untuk kita.
   
       Allah berfirman :
         " Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana golongan yang terdahulu supaya beroleh ketakwaan"
   
      Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
        " Rejab itu bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan itu bulan umatku "

     Sabda Nabi s.a.w yang lain :
        " Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu "

       Sabda Nabi s.a.w lagi :
        " Berpuasalah kamu supaya kamu sihat "

Beberapa dalil di atas dengan jelas telah menerangkan dengan lanjut kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.

Ramadhan bulan ibadah vs Piala Dunia bola sepak bualan riadah,

     Apakah kaitan ibadah puasa dengan kesihatan serta kecergasan ? Satu kajian sains ada menyatakan kepentingan ibadah puasa dengan membandingkan diri kita ini ibarat sebuah mesin. Bayangkan sekiranya mesin itu berjalan 24 jam non-stop, apa yang bakal berlaku? Jawabnya meletuplah....so, pada bulan Ramadhan inilah mesin kita perlu dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada perut kita berhenti seketika untuk diservis dengan makanan rohani yang lebih menyentuh jiwa. Kita perlu ingat, bulan Ramadhan juga mampu untuk mengekang nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu istimta' kita kerana secara relatifnya makanan yang kita makan mampu untuk memberi tenaga kepada nafsu kita untuk terus melakukan kerosakan dan akhirnya menggelapkan hati kita daripada nur taqwa kita kepada Allah. Kita jangan lupa, setiap penyakit yang datang segalanya berpunca daripada pola pemakanan kita. So, Ingatlah bahawa pepatah ada mengatakan,

Ikut nafsu lesu, Ikut jiwa merana, Ikut hati mati, Ikut rasa binasa...

Mengenai Piala Dunia bola sepak, memang benar Nabi ada menyatakan :

       " Akal yang sihat bermula dengan tubuh badan yang sihat "

       Namun, sekiranya kita berlatih main semberono je semata-mata, adakah kita mampu menjamin diri kita ini sentiasa sihat ?  Sudah tentu tidak, bukan? Begitulah juga ibadah puasa. Allah sw.t telah mengatur kehidupan kita penuh dengan perancangan yang rapi dan tersusun. Tujuannya hanyalah untuk memastikan kebahagiaan kita sama ada rohani mahupun jasmani. Apabila kita berpuasa, badan kita akan berasa lebih ringan dan mampu untuk melakukan pekerjaan dengan teliti tanpa ada gangguan sama ada mengantuk, letih dan sebagainya. Persepsi yang menyatakan bahawa puasa ini menyebabkan kita lemah, tak bermaya, harus ditolak mentah-mentah. Ini kerana nafsu yang selama ini telah disetkan selama 11 bulan telah  menghantar isyarat kepada otak yang memberi gambaran kalau tak makan sehari, jawabnya kebulur la..Hakikatnya, bukan kita berpuasa sehari semalam pun, sebaliknya hanya paling lama pun 14 jam sahaja bergantung kepada situasi. Adakah itu tidak mampu untuk bertahan?

        Sebulum blogger menutup kata, ingin sekali diingatkan bahawa Ramadhan dan Piala Dunia Bola Sepak perlulah seiring dan seimbang antara satu dengan yang lain . Ini bermaksud, menonton bola sepak bukanlah menjadi kesalahan namun biarlah seimbang dengan norma kehidupan kita sehari-hari serta tanggung jawab kita kepada Allah dan karier. Apabila sesuatu perkara yang kita lakukan lebih dari sepatutnya maka ini akan membawa bencana terutama pada diri sendiri terutama pada tubuh badan kita seperti yang tersebut di dalam Al-Quran  :

        " Sesungguhnya kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri..."

Di dalam Hadith pula Rasulullah bersabda :    

      "Sebaik-baik perbuatan yang dilakukan adalah secara bersederhana dan istiqamah (berterusan)"


     Cukup setakat itu madah yang disampaikan khusus untuk pedoman kita. Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma 5 hari lagi, ingin sekali blogger memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran kata,terkasar bahasa sepanjang penyampaian ini disiarkan. Bukan ape, di dalam keghairahan blogger menulis blog adakala sikap bersederhana diketepikan demi  membentuk satu cerita yang disampaikan secara bersahaja. Namun,adakala blogger tidak sedar siapa kawan, siapa lawan, siapa dia, status dia dan sebagainya. Ingatlah, untuk memuaskan hati setiap orang bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi dalam menyampaikan perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti masing-masing bak kata pepatah, "rambut sama hitam, hati masing-masing ".

Rasulullah bersabda :
 
      "  Setiap insan yang bernama manusia tidak lari dari salah dan silap.."

Sabdanya lagi :

     " Bukanlah seseorang itu hebat sekiranya diukur dari segi kekuatan tubuh badan semata-mata, tetapi seseorang itu dikira kuat sekiranya dapat menahan diri daripada marah "

So, tak guna kita marah disebabkan sesuatu perkara yang menguji diri kita, tetapi Allah melihat sejauh mana kita dapat menangani kesabaran dalam menghadapi ujian dari-Nya...Astaghfirullah...

Ada sebarang masalah yang mungkin dapat diselesaikan bolehlah dipostkan di bawah ini.... Terima kasih atas kesudian andan semua... Wassalam...






    










Tiada ulasan:

Catat Ulasan