Jumaat, 27 Jun 2014

COUNTDOWN...2 hari lagi,RAMADHAN

       Hari jumaat, hari terakhir dalam  sirkulasi mingguan...7hari..menandakan tamatnya minggu bekerja bagi kebanyakan penjawat awam. Selama ini mungkin kita merasakan atau beranggapan setiap yang telah pergi itu, biarkan ia pergi...let gone bygone..
       Tetapi jumaat ini, 27.6.2014 adalah satu hari yang istimewa....Agak-agaklah saudara -saudari pembaca blog sekalian, kenapa saya berasakan demikian? Cer teka,cer teka... Sebabnya jumaat ini adalah penentu bagi umat islam sama ada berpuasa pada esok hari mengikut rukyah mahupun pada Ahad mengikut kaedah Hisab. Semenjak 1993 hingga kini, ahli falak telah mengkaji dengan tepat peredaran bumi dan bulan seiring dengan ketepatan ramalan yang dikira. Syukur kita kehadrat Allah di atas kurniaan-Nya yang mengurniakan ahli falak yang sempurna yang sama sekali memberi khidmat terbaik kepada masyarakat sekaliannya.
         Sesungguhnya ramadhan yang bakal datang amat ditunggu oleh sekalian kaum muslimin. Bukan kerana sebab-sebab yang sentiasa kita dengar seperti contoh, sepersalinan baju baru, kereta baru, aksesori baru, kuih baru,orang rumah baru...ehem,ehem! Segalanya baru, tetapi ramadhan ini bermula lah persekolahan kita umat islam dalam menjaga tutur kata,makan dan minum,pergaulan dan sebagainya daripada segala kemungkaran dan kejahatan yang membawa kepada kemurkaan Allah.
         Semua daripada kita maklum akan natijah disebalik persekolahan pada bulan ramadhan ini,namun berapa ramaikah yang menepati objektif tersebut? Belum tentu juga blogger yang berkata-kata ini dapat mencapai objektif tersebut,hanya Allah sahaja yang dapat menentukan-Nya. Bila kita bersekolah ramadhan, kita dapat melihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan sebahagian lagi masih lagi berkhayal dengan dunianya semata-mata. Mengapa terjadi sedemikian sedangkan di bulan ramadhan, syaitan,iblis laknatullah semua dibelenggu? Kenapa, ek? Ini semua ada kaitan dengan nafsu kita yang tak kenal akan erti puas.Lalu ada yang akan mengatakan,penjarakan sajalah nafsu itu, senang..komfem takkan ada orang nak ngelat dari berpuasa..ya betul, tapi setiap kejadian Allah itu ada tujuannya. Mengapa begitu? Kerana Allah menciptakan nafsu untuk kita sentiasa teruja dan seronok di dalam melakukan ibadat,maksudnya di sini, kalau kita pandai didik nafsu kita, Insyaallah, kitalah yang terhebat mengalahkan malaikat sekaliannya. Namun jika sebaliknya, memang tak boleh pergi, kalah haiwan ternakan.

Rujukan :
                 http://www.islamgrid.gov.my/islam101/puasa.php


        Secara kesimpulannya, blogger tidak mahu bercakap panjang dalam hal ini. Sebab itulah blogger membuka peluang kepada para pembaca untuk memberi komen serta saranan terbaik bagi kita berdiskusi sempena ramadhan yang bakal menjelma. Barakallahu fii ramadhan..Allahumma baariklana fii rajabin wa sya'baanin thummma ballighna Ramadhan.... Walaupun ini bukanlah satu hujah yang sahih namun bolehlah dijadikan doa kepada kaum muslimin,berkatilah hidup ini dengan kedatangan Ramadhan..amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan