Pada 18.6.2014 bertempat di Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, Ting 7..Sekolah Dalam Hospital PPUM telah dilawati oleh calon - calon pengusaha Stesen Minyak Shell yang masing-masing berasal dari Johor Bahru, Johor. Tujuan mereka hadir ke SDH PPUM adalah untuk menyatakan sokongan terhadap projek CSR yang perlu mereka lakukan bagi .Memastikan pendapatan yang diperoleh perlu dishare bersama- sama.
Kami beranggapan bukan setakat Shell (M) Sdn. Bhd sahaja yang sepatutnya buat kerja-kerja begini, malahan semua pihak sepatutnya berperanan bagi menjamin keberlangsungan SDH PPUM supaya projek yang murni ini terus mendapat dana dalam menghadapi cabaran kos operasi yang semakin meningkat tahun demi tahun.
Apapun, terima kasih daun keladi...ada masa kite berjumpa lagi!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan