Rabu, 25 Jun 2014

NAK DEKAT PUASA BUAT SIKIT MAKAN PULUT +PENGAT DURIAN



Alhamdulillah...Ramadhan bakal menjelma lagi beberapa hari lagi. Banyak sekali juadah yang bakal disediakan sama ada di pihak perseorangan mahupun di pihak floor mate sendiri. Namun diri ini juga berasa ingin melakukan sesuatu bagi menjamu rakan sekerja walaupun hanyalah sekadar pengat durian dan pulut...Maybe ada di antara you all yang tak tahu apakah dia pulut dan pengat durian.

Pulut :

Pulut adalah sejenias makanan tradisi orang melayu yang rasanya seperti lamak seditkit, yakni dibuat dengan menggabungkan kombinasi garam, beras pulut juga kelapa yang mana beras pulut perlu direndam terlebih dahulu dan kemudiannya dikukus...selama dekat 5 jam!!! Peh, letih woo nak bagi lembut...huhuhuuu...

Pengat Durian :

HA! yang ni kejap je nak buatnya. Pengat ini biasanya dicampur dengan ulas durian, air, gula perang or gula melaka dan santan. tampa menggunakan minyak sebagai bahan asasi, pengat hanya perlu dicampur terus dengan air dan setp seterusnya santan dan gula melaka or gula perang. Setelah itu bahan-bahan ini dimasak dan apalagi....makan time!!


Kesimpulannya, ini bukanlah blog masak - memasak, tetapi hal ini menggambarkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana memilih diri ini untuk mengorbankan sedikit masa bersedekah dengan niat kerana-Mu..Aku memohon pada-Mu, Ya Allah! Semoga apa yang aku berikan menjadi manfaat kepada mereka yang menjamu makananku serta menjadi pendorong diri ini lebih tunduk pada-Mu, Ya Allah...Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...Amin...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan