Hari jumaat, hari terakhir dalam sirkulasi mingguan...7hari..menandakan tamatnya minggu bekerja bagi kebanyakan penjawat awam. Selama ini mungkin kita merasakan atau beranggapan setiap yang telah pergi itu, biarkan ia pergi...let gone bygone..
Tetapi jumaat ini, 27.6.2014 adalah satu hari yang istimewa....Agak-agaklah saudara -saudari pembaca blog sekalian, kenapa saya berasakan demikian? Cer teka,cer teka... Sebabnya jumaat ini adalah penentu bagi umat islam sama ada berpuasa pada esok hari mengikut rukyah mahupun pada Ahad mengikut kaedah Hisab. Semenjak 1993 hingga kini, ahli falak telah mengkaji dengan tepat peredaran bumi dan bulan seiring dengan ketepatan ramalan yang dikira. Syukur kita kehadrat Allah di atas kurniaan-Nya yang mengurniakan ahli falak yang sempurna yang sama sekali memberi khidmat terbaik kepada masyarakat sekaliannya.
Sesungguhnya ramadhan yang bakal datang amat ditunggu oleh sekalian kaum muslimin. Bukan kerana sebab-sebab yang sentiasa kita dengar seperti contoh, sepersalinan baju baru, kereta baru, aksesori baru, kuih baru,orang rumah baru...ehem,ehem! Segalanya baru, tetapi ramadhan ini bermula lah persekolahan kita umat islam dalam menjaga tutur kata,makan dan minum,pergaulan dan sebagainya daripada segala kemungkaran dan kejahatan yang membawa kepada kemurkaan Allah.
Semua daripada kita maklum akan natijah disebalik persekolahan pada bulan ramadhan ini,namun berapa ramaikah yang menepati objektif tersebut? Belum tentu juga blogger yang berkata-kata ini dapat mencapai objektif tersebut,hanya Allah sahaja yang dapat menentukan-Nya. Bila kita bersekolah ramadhan, kita dapat melihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan sebahagian lagi masih lagi berkhayal dengan dunianya semata-mata. Mengapa terjadi sedemikian sedangkan di bulan ramadhan, syaitan,iblis laknatullah semua dibelenggu? Kenapa, ek? Ini semua ada kaitan dengan nafsu kita yang tak kenal akan erti puas.Lalu ada yang akan mengatakan,penjarakan sajalah nafsu itu, senang..komfem takkan ada orang nak ngelat dari berpuasa..ya betul, tapi setiap kejadian Allah itu ada tujuannya. Mengapa begitu? Kerana Allah menciptakan nafsu untuk kita sentiasa teruja dan seronok di dalam melakukan ibadat,maksudnya di sini, kalau kita pandai didik nafsu kita, Insyaallah, kitalah yang terhebat mengalahkan malaikat sekaliannya. Namun jika sebaliknya, memang tak boleh pergi, kalah haiwan ternakan.
Rujukan :
http://www.islamgrid.gov.my/islam101/puasa.php
Secara kesimpulannya, blogger tidak mahu bercakap panjang dalam hal ini. Sebab itulah blogger membuka peluang kepada para pembaca untuk memberi komen serta saranan terbaik bagi kita berdiskusi sempena ramadhan yang bakal menjelma. Barakallahu fii ramadhan..Allahumma baariklana fii rajabin wa sya'baanin thummma ballighna Ramadhan.... Walaupun ini bukanlah satu hujah yang sahih namun bolehlah dijadikan doa kepada kaum muslimin,berkatilah hidup ini dengan kedatangan Ramadhan..amin...
SEKOLAH DALAM HOSPITAL, ARAS 7, JAB. PEDIATRIK, KOMPLEKS WANITA DAN KANAK-KANAK,PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA, 59100 KUALA LUMPUR, 03-79493028, fb fanpage : facebook.com/sdhppum , twitter : @sdhppum
Jumaat, 27 Jun 2014
Khamis, 26 Jun 2014
AGENDA BOSS PADA HARI INI
KUALA LUMPUR, 26.6.2014. - Yayasan Nurul Yaqeen pada hari ini akan mengadakan satu program yang bakal mengumpulkan tesis terbaik pada ketetapan berikut :
Jam : 9.00 pagi
Tempat : The Royale Chulan, Damansara (sebelah the curve, damansara utama)
Perasmian : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap
Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen
Sesiapa yang berkenaan dijemput hadir termasuk boss sendiri...Boss, jangan lupa bungkus satu set nasi beriyani.
Terima kasih...
Rabu, 25 Jun 2014
NAK DEKAT PUASA BUAT SIKIT MAKAN PULUT +PENGAT DURIAN
Pulut :
Pulut adalah sejenias makanan tradisi orang melayu yang rasanya seperti lamak seditkit, yakni dibuat dengan menggabungkan kombinasi garam, beras pulut juga kelapa yang mana beras pulut perlu direndam terlebih dahulu dan kemudiannya dikukus...selama dekat 5 jam!!! Peh, letih woo nak bagi lembut...huhuhuuu...
Pengat Durian :
HA! yang ni kejap je nak buatnya. Pengat ini biasanya dicampur dengan ulas durian, air, gula perang or gula melaka dan santan. tampa menggunakan minyak sebagai bahan asasi, pengat hanya perlu dicampur terus dengan air dan setp seterusnya santan dan gula melaka or gula perang. Setelah itu bahan-bahan ini dimasak dan apalagi....makan time!!
Kesimpulannya, ini bukanlah blog masak - memasak, tetapi hal ini menggambarkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana memilih diri ini untuk mengorbankan sedikit masa bersedekah dengan niat kerana-Mu..Aku memohon pada-Mu, Ya Allah! Semoga apa yang aku berikan menjadi manfaat kepada mereka yang menjamu makananku serta menjadi pendorong diri ini lebih tunduk pada-Mu, Ya Allah...Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...Amin...
Selasa, 24 Jun 2014
PROSES PdP PADA HARI INI....24/6/2014
KUALA LUMPUR (24/6/2014 ) - Blogger melaporkan proses PdP yang berlaku pada hari ini tetap berjalan seperti biasa, namun apa yang menarik di sini adalah salah seorang pesakit ini amat mencuit hati para guru di sini di mana pesakit ini amat teruja dengan device or alatan yang ada di SDH PPUM ini. so, apalagi..tergelak besar la guru- guru di sini..
Bagi blogger, ini merupakan satu perkembangan yang sihat bagi pesakit itu sendiri. Pesakit berasa teruja untuk belajar dan seterusnya bermain kerana SDH banyak dilengkapi dengan peralatan terkini yang telah terbukti menarik minat pelajar or pesakit mengulangkaji seterusnya menukar persepsi sekolah daripada satu yang dikatakn 'dull " menjadi satu tempat yang menyeronokkan.
Sementara itu, pihak SDH PPUM telah didatangi oleh NGO SAHABAT PPUM yang diketuai pengerusinya, Prof..Dr. Dzul , seorang doktor gigi dari Fakulti Pergigian,UM serta timbalan, En.Rosly dan En. Zul. Mereka telah berkesempatan untuk melihat secara langsung proses pembelajaran di SDH PPUM dan seterusnya beliau (En Dzul) mencadangkan supaya para pelajar boleh dibawa keluar untuk menikmati pembelajaran secara semula jadi (Learning with Nature) yang mana pelajar akan menikmati kebebasan belajar namun dipantau oleh para guru dan para sukarelawan UM yang dilantik.
Dalam kenyataannya, Dr.Dzul mencadangkan resort beliau di Kalumpang, Kuala Kubu Bharu, Selangor dijadikan projek Learning with Nature dengan kekarapan selama 2 minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada kesesuaian.Pihak SDH apabila diberitahu hal ini sangat berbesar hati untuk menerima tawaran ini kerana bagi SDH PPUM ini boleh dijadikan satu nilai tambah bagi mengembangkan lagi konsep pengajaran taman or luaran dan seterusnya berupaya sebagai terapi bermanfaat untuk pelajar mengenal ciptaan menarik karya ALLAH S.W.T yang tidak ternilai hebatnya.
Sebelum itu juga, SDH PPUM juga didatangi Prof. Dr Boey, dari Pejabat Dekan UM bagi meninjau secara dekat disamping ingin mengetahui tentang perjalanan operasi harian SDH PPUM.
Akhirnya,blogger ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau ( Dr. Dzul ). Beliau juga ujarnya, menjadikan ini sebagai satu projek CSR beliau bersama NGO SAHABAT PPUM sebagai sumbangan berharga yang boleh memberi manfaat kepada pesakit mahupun pelajar secara keseluruhannya.- BERITA & PUBLISITI SDH PPUM.

Isnin, 23 Jun 2014
RAMADHAN VS PIALA DUNIA ...sekadar renungan dan tazkirah
Alhamdulillah....akhirnya Ramadhan datang lagi..Rasa syukur terhadap nikmat yang sangat indah bagi setiap penganut islam. Tidak semua mampu untuk saban tahun merasai nikmat ini. Cuba kita bayangkan. Orang yang terpilih sahaja yang merasai kehadiran bulan Ramadhan ini. Sebab apa blogger berkata begitu? Cuba kita bayangkan....bulan demi bulan, tahun demi tahun, berapa ramaikah orang yang berada disekitar kita dapat menempuh bulan Ramadhan setiap tahun? Sebab kita perlu percaya, Allah telah berfirman :
Allah berfirman :
" Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana golongan yang terdahulu supaya beroleh ketakwaan"
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
كُلُّ نٓفْسٍ ذَائِقَةُ المْوَتَ ٠٠٠٠٠٠٠٠
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...."
Adakah kita sedar akan akan amalan yang akan kita bawa bila kita mati kelak? Adakah cukup bekalan kita untuk persiapan sebelum kita pergi untuk selamanya? Adakah demam Piala Dunia bola sepak yang dicanang saban hari di kaca televisyen dapat membantu ? Itulah persoalan yang harus kita fikirkan, kita renungkan supaya keinsafan terus menyandari kita membuatkan kita berhijrah menjadi yang lebih baik.
Ramadhan yang bakal menjelma kurang 5 hari dari penulisan blog ini pada jam 3.30 pagi, 23.6.2014'jelas membuatkan blogger untuk menyiapkan diri dengan bekalan yang ada walaupan demam Piala Dunia 2014 bertembung dengan bulan Ramadhan. Ingat! Bola, bola jugak...tanggung jawab terhadap Allah s.w.t jangan dilupa kerana keberkatan Ramadhan membawa seribu rahmat yang diberikan Allah khas untuk kita.
Allah berfirman :
" Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana golongan yang terdahulu supaya beroleh ketakwaan"
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Rejab itu bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan itu bulan umatku "
Sabda Nabi s.a.w yang lain :
" Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu "
Sabda Nabi s.a.w lagi :
" Berpuasalah kamu supaya kamu sihat "
Beberapa dalil di atas dengan jelas telah menerangkan dengan lanjut kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.
Ramadhan bulan ibadah vs Piala Dunia bola sepak bualan riadah,
Apakah kaitan ibadah puasa dengan kesihatan serta kecergasan ? Satu kajian sains ada menyatakan kepentingan ibadah puasa dengan membandingkan diri kita ini ibarat sebuah mesin. Bayangkan sekiranya mesin itu berjalan 24 jam non-stop, apa yang bakal berlaku? Jawabnya meletuplah....so, pada bulan Ramadhan inilah mesin kita perlu dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada perut kita berhenti seketika untuk diservis dengan makanan rohani yang lebih menyentuh jiwa. Kita perlu ingat, bulan Ramadhan juga mampu untuk mengekang nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu istimta' kita kerana secara relatifnya makanan yang kita makan mampu untuk memberi tenaga kepada nafsu kita untuk terus melakukan kerosakan dan akhirnya menggelapkan hati kita daripada nur taqwa kita kepada Allah. Kita jangan lupa, setiap penyakit yang datang segalanya berpunca daripada pola pemakanan kita. So, Ingatlah bahawa pepatah ada mengatakan,
Ikut nafsu lesu, Ikut jiwa merana, Ikut hati mati, Ikut rasa binasa...
Mengenai Piala Dunia bola sepak, memang benar Nabi ada menyatakan :
" Akal yang sihat bermula dengan tubuh badan yang sihat "
Namun, sekiranya kita berlatih main semberono je semata-mata, adakah kita mampu menjamin diri kita ini sentiasa sihat ? Sudah tentu tidak, bukan? Begitulah juga ibadah puasa. Allah sw.t telah mengatur kehidupan kita penuh dengan perancangan yang rapi dan tersusun. Tujuannya hanyalah untuk memastikan kebahagiaan kita sama ada rohani mahupun jasmani. Apabila kita berpuasa, badan kita akan berasa lebih ringan dan mampu untuk melakukan pekerjaan dengan teliti tanpa ada gangguan sama ada mengantuk, letih dan sebagainya. Persepsi yang menyatakan bahawa puasa ini menyebabkan kita lemah, tak bermaya, harus ditolak mentah-mentah. Ini kerana nafsu yang selama ini telah disetkan selama 11 bulan telah menghantar isyarat kepada otak yang memberi gambaran kalau tak makan sehari, jawabnya kebulur la..Hakikatnya, bukan kita berpuasa sehari semalam pun, sebaliknya hanya paling lama pun 14 jam sahaja bergantung kepada situasi. Adakah itu tidak mampu untuk bertahan?
Sebulum blogger menutup kata, ingin sekali diingatkan bahawa Ramadhan dan Piala Dunia Bola Sepak perlulah seiring dan seimbang antara satu dengan yang lain . Ini bermaksud, menonton bola sepak bukanlah menjadi kesalahan namun biarlah seimbang dengan norma kehidupan kita sehari-hari serta tanggung jawab kita kepada Allah dan karier. Apabila sesuatu perkara yang kita lakukan lebih dari sepatutnya maka ini akan membawa bencana terutama pada diri sendiri terutama pada tubuh badan kita seperti yang tersebut di dalam Al-Quran :
" Sesungguhnya kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri..."
Di dalam Hadith pula Rasulullah bersabda :
"Sebaik-baik perbuatan yang dilakukan adalah secara bersederhana dan istiqamah (berterusan)"
Cukup setakat itu madah yang disampaikan khusus untuk pedoman kita. Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma 5 hari lagi, ingin sekali blogger memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran kata,terkasar bahasa sepanjang penyampaian ini disiarkan. Bukan ape, di dalam keghairahan blogger menulis blog adakala sikap bersederhana diketepikan demi membentuk satu cerita yang disampaikan secara bersahaja. Namun,adakala blogger tidak sedar siapa kawan, siapa lawan, siapa dia, status dia dan sebagainya. Ingatlah, untuk memuaskan hati setiap orang bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi dalam menyampaikan perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti masing-masing bak kata pepatah, "rambut sama hitam, hati masing-masing ".
Rasulullah bersabda :
" Setiap insan yang bernama manusia tidak lari dari salah dan silap.."
Sabdanya lagi :
" Bukanlah seseorang itu hebat sekiranya diukur dari segi kekuatan tubuh badan semata-mata, tetapi seseorang itu dikira kuat sekiranya dapat menahan diri daripada marah "
So, tak guna kita marah disebabkan sesuatu perkara yang menguji diri kita, tetapi Allah melihat sejauh mana kita dapat menangani kesabaran dalam menghadapi ujian dari-Nya...Astaghfirullah...
Ada sebarang masalah yang mungkin dapat diselesaikan bolehlah dipostkan di bawah ini.... Terima kasih atas kesudian andan semua... Wassalam...

Sabtu, 21 Jun 2014
HARI SABTU SEKOLAH TAU!!! APA PANDANGAN ANDA??
Bila disebut sekolah pada hari Sabtu, apa pandangan kalian?? Apa, sekolah??? Aduuyai, sekolah pada hari Sabtu bolehlah dikatakan amat 'dull '. Namun kita dah buat persetujuan bersama, sehati, sejiwa , seia dan sekata. Kalau dah tanggungjawab kena datang sekolah pada hari Sabtu, kita yang pilih...kita lah yang kena laksanakan. Bagi blogger, sekolah pada hari Sabtu ni best sangat...Agak-agakla kan, sebab apa blogger berkata sedemikian??
Bagi seorang blogger yang merupakan anak jati Selangor,almostly Kuala Lumpur la, sekolah pada hari Sabtu sebenarnya memberi kelapangan kepada para guru untuk merencanakan sesi pembelajaran terutama di Sekolah Dalam Hospital PPUM..Al-Maklum la, surround di PPUM ni strand sangat-sangat. Jadi, kalau pada hari biasa kena berebut parking kereta, kena mencilok sana, cilok sini bagi yang naik motor, AWAS! Don't Try This At Home...namun semua itu takde masalah kalau kita bekerja pada hari Sabtu.Segalanya lapang Ya Robbi!!!..
Bagi pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital pada hari Sabtu, actually there don't have any class on that day. Walau bagaimanapun, pintu kami sentiasa terbuka bagi sesiapa yang ingin meluangkan masa melawat Sekolah yang amat special ini. Pada waktu ini, para guru dan PPM (kalau datang la sebab mereka tak wajib ganti..) mereka perlu membereskan segala kerja berkaitan pentadbiran dan kerja - kerja lain yang dirasakan perlu sama ada setup SDH, siapkan dokumen penting termasuklah Laporan Pengajaran Harian (LPH), paling penting dan buat layan adalah buat blog macam kawe ni..Ye la, di zaman teknologi ni, kalau tak promote guna cara ni,orang diluar sana belum tentu memahami secara lanjut mengenai pelaksanaan SDH... Mereka bukan semuanya pernah masuk hospital dalam jangka masa yang lama. So, mungkin diaorang tak nampak. Mungkin dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapatlah mereka memahami definisi serta pelaksanaan SDH mengikut selera Malaysia , truly Asia.
Secara keseluruhannya, Sekolah Dalam Hospital ini dapat memberi nilai tambah yang amat bermakna bagi seorang pelajar atau patient kerana tiada yang seumpamanya di hospital swasta melainkan kalau meraka invite NGO sekalipun, but its not permanent at all.Sebab all NGO's are fighting to do this thing but PPUM gave this to KPM and YNY to setup and operate this school....Ooops! lari tajukla pulak...yang penting Syiok wooo kerja pada hari Sabtu. Sekian.
P.S : Kalau ada yang tak setuju sila la komen di bawah ni..
MAJLIS MOU DI ANTARA PPUM, KPM DAN YNY BERKENAAN PELANCARAN SEKOLAH DALAM HOSPITAL PPUM
Kami ingin menyorot kembali detik penubuhan SDH di Pusat Perubatan Universiti Malaya,Kuala Lumpur pada 21 November 2013....
DIAMBIL DARI PETIKAN YANG DISAMPAIKAN MELALUI BERNAMA.COM...
PETALING JAYA, 21 Nov (Bernama) -- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah dipilih sebagai satu daripada hospital yang menyediakan kemudahanpersekolahan kepada pelajar yang menerima rawatan. Pengarah PPUM Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail berkata pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital (SDH) di PPUM menunjukkan bahawa PPUM bukan sahaja komited dalam memberi rawatan kepada pesakit malah juga menitikberatkan pembelajaran pesakit.
"Seramai sembilan guru dan dua pembantu pengurusan murid akan ditugaskan mengajar pesakit di dalam kelas yang disediakan khas di tingkat 7, Bangunan Pediatrik, PPUM. Pesakit berpeluang mengikuti mata pelajaran teras yang diajar mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan bimbingan guru yang dilatih khusus, meskipun pesakit tersebut perlu menjalani rawatan dan tinggal di wad dalam jangka masa panjang," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pelaksanaan SDH, di sini, hari ini.
MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim.
Turut menyaksikan majlis Mou itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan, Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghaffar Mahmud, Pengerusi Projek Hati Nurani Profesor Madya Norma Dali dan Ikram Shah. Ikram Shah berkata PPUM yakin bahawa SDH akan memberi peluang kepada pesakit supaya tidak tertinggal pendidikan selaras dengan visi dan misi pendidikan Malaysia.
Sehingga kini terdapat sembilan SDH di Malaysia iaitu di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras, Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar dan PPUM.
Menurut statistik yang disediakan oleh Yayasan Nurul Yaqeen, dari 2 Jan sehingga 31 Okt tahun ini seramai 18,454 pelajar yang hadir dan berdaftar sebagai pelajar SDH iaitu 7,001 pelajar sekolah menengah, 9,168 pelajar sekolah rendah dan 2,285 pelajar prasekolah.
SDH bertujuan memberi pendidikan secara formal kepada pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital terutama bagi tempoh yang lama.
Projek yang turut diberi nama projek Hati Nurani ini menitikberatkan persekitaran yang kondusif serta bantuan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajarnya. Ia adalah hasil dari cetusan buah fikiran Puan Sri Noorainee Abdul Rahman,isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
SDH diwujudkan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia seiring dengan saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) yang menitikberatkan 'pelajaran untuk semua'.
-- BERNAMA
SSR KHY RHM
11/21/2013 16-07ST
GAMBAR EHSAN SENDIRI...TAKDAK DOWNLOAD DARI INTERNET MAA..
SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI JURURAWAT PERINGKAT JABATAN PEDIATRIK, PPUM 2014
Tiada apa yang dapat digambarkan selain dari riak perasaan yang terbuku dihati para guru dan jururawat, satu majlis yang bolelah dikatakan simple tetapi meriah telah diadakan di Wad Onkologi 5A, Jabatan Pediatrik PPUM pada hari Jumaat, 16 Mei 2014...sesuatu yang unik di sini di mana Bulan Mei disambut serentak hari-hari yang dikira bertuah termasuklah Hari Ibu serta Hari Jururawat. jarang sekali penulis ketemu sebelum ini sambutan dua profesion berbeza diraikan secara serentak.Kini rasa bertuah terbuku dihati dipilih menjadi sebahagian daripada warga guru SDH yang mana gabungan dua profesion yang berbeza berganding bahu menjayakan sambutan ini.
Dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan Pediatrik , Prof Lee Way Seah, ucapan tersebut sangat bermakna bagi kami yang sangat dihargai kerana terpilih untuk mendidik anak-anak di Wad Onkologi terutama, menjadi sekurang-kurangnya satu favour yang cukup bermakna kerana mereka ini sebenarnya dahagakan pendidikan sedari kecil dan seharusnya mereka memang berhak untuk menjalani pendidikan yang sepatutnya menjadi kewajipan sesebuah kerajaan untuk memastikan rakyatnya terus maju hasil daripada didikan yang sempurna.
Walaupun blog ini ditulis sudah lebih sebulan yang lalu namun setiap momen yang indah tak mungkin hilang selagi jasad belum dikafan,selagi hayat dikandung badan...selagi itu kita terus bersama, bekerjasama untuk memastikan anak-anak mampu memperoleh terapi psikologi dan ubat yang sempurna bagi menjamin masa depan yang sihat, cemerlang dan gemilang.
p.s : Waktu ni penulis takde sebab baru je lepas cuti tanpa rekod anak ke-3 dan masa ni pulak dapat tau anak kena masuk wad sebab jaundis or kuning....aduuuyai!!!!!!.....hwwwwwwwaaaaaaaa!!!!!
APA KEMENDE NI...TENGOK LA SENDIRI..
BARISAN PARA JURURAWAT YANG...AWESOME...!! MEMANG SPORTING LA KORANG!
1 ANAK DARA ORANG + 1 BUJANG ORANG + 1 BINI ORANG..

ADLI BUAT APA LAGI NI TENGOK - TENGOK? MAI LA KITA JENGUK KE BAWAH ======>
APA KEMENDE NI...TENGOK LA SENDIRI..
BARISAN PARA JURURAWAT YANG...AWESOME...!! MEMANG SPORTING LA KORANG!
MAI BERSAMA SISTER.....
PHESAL YANG TAK SUDAH -SUDAH KONON FOTOGENIK...HUHUHUHU!!
AIT! KATA ANAK MASUK WAD TAPI CEMANA BOLE ENTER PRAME NI!! ADUUUYAI.....ANAK WEI, ANAK!!
1 ANAK DARA ORANG + 1 BUJANG ORANG + 1 BINI ORANG..
MAKAN TAK AJAK....KEBULOQ AKU...!!
LAWATAN KERJA PUAN SERI NOORAINEE BINTI ABDUL RAHMAN KE SEKOLAH DALAM HOSPITAL PPUM
Pada 16/1/2014, satu lawatan kerja telah diatur oleh Puan Seri Noorainee, isteri Timbalan Perdana Menteri ke SDH PPUM. Tinjauan yang dilakukan hampir 2 jam telah melibatkan khusus perjalanan Sekolah Dalam Hospital PPUM setelah dilancarkan pada 23 November 2013 yang lepas.
Majlis bermula dengan kehadiran beliau dengan disambut oleh kalungan bunga mawar oleh salah seorang pelajar terawal SDH PPUM, Saidatul ,10 Tahun. Pelajar tersebut amat teruja dengan kehadiran Puan Seri yang mungkin penulis rasakan barangkali susah untuk bertemu di luar mahupun di kedai kopi. Setelah itu, Puan Seri telah dibawa dengan diiringi para pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya serta para Ahli Jawatan kuasa Projek Hati Nurani, Yayasan Nurul Yaqeen dan para wartawan ke Aras 7, Jabatan Pediatrik di mana Sekolah Dalam Hospital di tempatkan.
Beliau telah meluangkan masa beramah mesra dengan para guru dan staf selama hampir 1 jam dan seterusnya melihat proses pebelajaran secara classroom teaching dan bedside teaching. Pada waktu ini segala luahan para guru dan staf Sekolah Dalam Hospital telah dimaklumkan kepada Puan Seri untuk tindakan selanjutnya.
Selanjutnya, Puan Seri terus berangat menuju ke Jabatan Obsetrik & Ginekologi bertempat di Tingkat 11 Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak,PPUM. Beliau telah diberi taklimat khusus perjalanan SDH PPUM oleh Penyelianya , En. Khairul Azman bin Jamaluddin.Di dalam penerangan yang diberikan, penyelia telah menerapkan istilah gempur, serang dan yang sewaktu dengannya mencuit hati para tetamu disekeliling.Setelah penerangan demi penerangan dan sidang akhbar yang dibuat setelah itu telah memberi kesan akan kewujudan SDH di PPUM.
Kemuncak lawatan tersebut adalah jamuan makan tengahari serta sesi bergambar dengan tetamu kehormat. Sesungguhnya lawatan ini cukup bermakna bagi Puan Seri Noorainee dalam merencanakan kelestarian SDH dan seterusnya memantapkan SDH sebagai satu institusi unggul yang meninggalkan kenangan yang amat bermakna khas untuk para pesakit di hospital.
PARA STAF BERGAMBAR DENGAN PUAN SERI NORAINEE,DATO' SUFAAT BIN TUMIN, KETUA PENGARAH SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN,KPM DAN TUAN BONG MUK SIN, BEKAS PENGARAH BP KHAS, KPM
PUAN SERI BERSAMA CIKGU PREMMA, CIKGU ADLI DAN CIKGU KHUZAIMI MELIHAT SESI CLASSROOM TEACHING.
PUAN SERI BERSAMA PN. NORZANAH JAMARI DAN CIKGU PHESAL
PUAN SERI BERSAMA BENNY DAN CIKGU PREMMA, WAT GAPO TU??
PROF NORMAH DALI MENEMANI PUAN SERI NORAINEE BERTANYA KHABAR DENGAN SALAH SEORANG PELAJAR SDH
GAMBAR KENANGAN SAIDATUL AISYAH DAN BARISAN KEPIMPINAN KPM DAN PPUM
PUAN SERI MENERIMA JAMBANGAN BUNGA DARIPADA SAIDATUL AISYAH, 10 THAUN
SESI BERMESRA PUAN SERI BERSAMA CIKGU YEOH DITEMANI PROF LEE WAY SEAH.

CIKGU ADLI BERMAIN DENGAN ARWAH UMIRA SYAKILLA, BEKAS PESAKIT KANSER DAN ANTARA PELAJAR AWAL DI SDH PPUM
PUAN SERI BERSAMA BENNY DAN CIKGU PREMMA, WAT GAPO TU??
PROF NORMAH DALI MENEMANI PUAN SERI NORAINEE BERTANYA KHABAR DENGAN SALAH SEORANG PELAJAR SDH
GAMBAR KENANGAN SAIDATUL AISYAH DAN BARISAN KEPIMPINAN KPM DAN PPUM
SATU LAGI POSE!!
PUAN SERI MENERIMA JAMBANGAN BUNGA DARIPADA SAIDATUL AISYAH, 10 THAUN
SESI BERMESRA PUAN SERI BERSAMA CIKGU YEOH DITEMANI PROF LEE WAY SEAH.
CUBA TEKA SAPE BUDAK BULAT DI SEBELAH POPUAN CINA TU?? FOKUS BAIK ARR...
GAMBAR KENANGAN
DARI KIRI HADAPAN :CE'KU AFIZAH, MAI NUR FARHANA, PROF. DATO' IKRAM SHAH , PUAN SERI NORAINEE , KHAIRUL AZMAN , YEOH L.E , DATO' SUFAAT TUMIN
BELAKANG DARI KIRI : RUZIATI, AZHAR, ADLI, PREMMA , KHUZAIMI aka JIMMY, BLOGGER SDH PPUM, PHESAL , TUAN BONG MUK SIM
AWESOME!!
Langgan:
Catatan (Atom)