NILAI- 26-29 OGOS : Satu kursus peringkat SDH telah berlangsung bertempat di The Anston Hotel, Nilai baru-baru ini. Kursus yang dianjurkan Bahagian Pendidikan Khas, KPM telah dihadiri sebahagian tenaga pengajar dan PPM telah melaksanakan pelbagai bentuk task yang merangkumi aspek pentadbiran, operasi, isu-isu semasa serta maklumat terkini yang berkaitan.
Bagi pihak SDH PPUM, kursus ini telah dihadiri oleh Penyelia sendiri, En. Adli, Cik Ce'ku Afiza dan PPM diwakili Pn. Mai Nur Farhana. Apa yang dimalumkan di dalam in-House training baru-baru ini, mereka telah membicarakan tentang skop PBPPP, status perjawatan, masalah lokasi,perpindahan dan sebagainya. Kami amat memahami dalam mengoperasikan sekolah baru, banyak prosedur pentadbiran yang perlu diikuti seperti kod sekolah, operasi sekolah, dana, punca kuasa dan sebaginya.
Apa yang dijelaskan dalam kursus tersebut, mereka memberitahu setakat ini SDH PPUM masih lagi belum ada maklumat di dalam HRMIS. Apapun, diharap agar masalah ini dapat diselesaikan secara bijaksana oleh pihak kementerian. Walau hanya sebahagian sahaja yang tinggal, namun operasi SDH tetap berjalan seperti biasa kerana sudah dasar sekolah tidak boleh ditutup tanpa ada alasan yang munasabah.
(Gambar akan diupload kemudian)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan