Sebelum ni ada yang complain dengan saya berkenaan persembahan blog SDH PPUM yang bersifat tak official.dengan bahasa yang digunakan terlalu leweh sehingga pembaca merasakan bahawa sepatutnya ia bersifat official..Lengkap dengan segala macam info dan catatan yang boleh dikatakan peribadi semata-mata.
Justeru....
Admin ingin menerangkan bahawa konsep blog di sini SEBENARNYA bukanlah satu yang boleh dianggap official..Ia tidak boleh diwakili secara rasmi oleh sebahgian pihak,bahkan pihak yang lain tidak boleh mendakwa blog ini adalah sesuatu yang rasmi..So, tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan PPUM terutama nadi IT,Jabatan Teknologi Maklumat untuk menggunakan setiap fakta yang dipublishkan dalam blog ini untuk diwujudkan satu slot seterusnya diattachkan dalam website ummc.edu.my.Dengan fakta serta info yang diberi bolehlah dijadikan satu batu loncatan untuk mewujudkan slot tersebut. I hope that pengurusan dapatlah wujudkan satu slot yang bersifat permanent dan info Sekolah Dalam Hospital bolehlah dijadikan input yang bermanfaat untuk tatapan seluruh warga PPUM dan pembaca website amnya.
Kepada yang lain, sekiranya ingin penjelasan lanjut mengenai SDH, sila berhubung terus dengan talian sama ada melalui Talian terus,0379493028 or facebook juga twitter seperti yang tertera dilaman blog ini.
Diharap selepas ini tiadalah salah tanggapan yang wujud hasil daripada pencerahan ini. Maaf jika ini akan menambah tekanan pihak JTM,PPUM kerana banyak sistem yang perlu dilaksanakan..Sesungguhnya kemaafan itu adalah sesuatu yang cukup bermakna bagi setiap yang dikategorikan manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan