Hwwwwwwarrrrghhh....hari pertama bekerja di bulan ramadhan...semalam la. Masing-masing datang bekerja start jam 8 pagi..ada yang mengantuk,ye la mana tak nya, hari yang kedua puasa..mungkin masing-masing semalam berjaga untuk bersahur,takut miss sahur..jawabnya sahur dinosaur la ( merujuk kepada sahur selepas subuh dan sewaktu dengannya).
Apapun kerja tetap kerja. Pasti ada momen yang menyeronokkan pada hari ni... Memang pon.....Ni nak kabo la kat semua. Blogger telah ditugaskan untuk mengajar seorang pelajar pra,Jovienne namanya, usia dia 6 tahun. Nak cite kat u all semua, budak ni memang rajin ke sekolah. Namun entah bagaimana, blogger yang memang terkenal dengan 'semangat kesukannanya' itu telah membawa Jovienne ni terus ke kelas. Waktu tu mak dia sedang mandi. Tapi sebelum bawa tu memang pesan kat katil sebelah nak bawa Jovienne pergi ke kelas. Kemudian, nak cite kat u all la, Jovienne ni pada mulanya elok je sampai ke kelas. Namun setibanya dikelas, dia sambil bermain,sambil makan roti...nyam3..sabo ye la, bulan puasa...oooops! Nak diringkaskan cerita, tak semena-mena budak genius seorang ni menangis sambil menyebut ' wo yao mama, wo yao mama'...kita yang di sini bersusah payah la nak memujuk...semua memang takde bakat sebagai ibu bapa sejati. Abis cerita, letak balik ke katil dia.. Elok je sampai di katilnya, mak dia pun siap mandi..rupa-rupanya dia nak mama dia yang hantar ke kelas, bukannya cikgu...lari sikit dari kebiasaan..patut la dia tak mau...hahahaha...last sekali, mak dia juga la yang hantar dia ke kelas untuk belajar...dah abis?. Ye la...tu je, sekian terima kasih..
Slot tengah hari pula diisi dengan bacaan tadarus Al-quran seorang demi seorang...nampaknya semua ini para qari dan qariah..so, kesalahan pun kurang. Alhamdulillah, proses berjalan lancar dan hari ni sahaja, sebanyak 119 ayat dapat dibaca...Insyaallah..mungkin 30 hari boleh abis kot..amin..
Petang seperti biasa, kelas dan kelas pun tamat jam 3.00petang, balik dan berbuka di surau dekat dengan rumah...huhuhuhuhu.....Jumpa lagi pada catatan yang lain...!!!peace ya!