Selasa, 26 April 2016

KERJASAMA PINTAR- PROGRAM JOM BELAJAR! SDH PPUM DAN PENGURUSAN PPUM

     Program JOM BELAJAR!  yang berlangsung setiap Jumaat terakhir setiap bulan telah mendapat respon yang menarik oleh pihak yang berminat untuk menyertainya.. Setiap bulan pihak guru SDH PPUM akan menyiapkan senarai modul berkaitan mengikut tahap kesukaran pelajar untuk diaplikasi mengikut kefahaman yang dimiliki pelajar. Program ini yang julung-julung kali dilancarkan pada hujung bulan Januari lalu oleh Pengarah PPUM,Prof. Dr.Tunku Kamarul Zaman menjadi titik tolak kerjasama secara berterusan oleh pihak PPUM dan SDH PPUM setelah pihak SDH mendapat kebenaran oleh pihak BP Khas, KPM untuk menegendalikan program tersebut..

       Agenda program ini melibatkan 4 subjek teras termasuklah BM, BI, Matematik, Sains dan Elektif Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Sahabat PPUM.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini boleh lah berhubung terus dengan Pn. Sapiah, Pengarah Program Khas Kejururawatan PPUM atau pihak SDH PPUM di 03-7949 3028 untuk keterangan lanjut.
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI..INSYA ALLAH!!

        Setelah sekian lama menabur bakti di SDH PPUM, seorang demi seorang pergi meninggalkan SDH PPUM..Namun apakan daya demi arahan pertukaran dan tugas hakiki, dicampak ke mana pun gelaran 'CIKGU'..hmmm...apa-apa je yang berkaitan tetap melekat selagi hayat masih lagi dikandung badan, selagi gunung berapi masih belum memuntahkan laharnya, selagi itulah..dimana kita berada..hubungan ukhuwwah yang terjalin selama ini tetap akan tersimpul dalam sanubari..
        Mungkin rasa dihati nampak bercampur baur, suka, duka tangis..semua itu perlu ditolak ke tepi kerana demi gelaran profesional yang digenggam, segalanya harus berlaku  dalam keadaan biasa- biasa saja..Yang kenangan biarlah berlalu, kalau mau disimpan, simpan sajalah dipeti memori..Kalau perlu dibuang, buanglah jauh-jauh, sekurang-kurangnya ia tidak mengganggu tugas harian kalian..Terima kasih atas jasa kalian, terima kasih untuk segalanya..

GURU YANG TELAH BERTUKAR ( 2014 - KINI )

1. EN. AZHAR  (SDH HOSPITAL AMPANG- 1 SEPT 2014..)
2. PN.RUZIATI (PRA SEKOLAH SK MIHARJA, KL - 1 JULAI 2015)
3. CIK CE'KU NOR AFIZAH ( SDH SULTANAH NUR ZAHIRAH - 1 MAC 2016 )
4. EN. MOHD FAISAL  (SDH HUSM KUBANG KERIAN, KELANTAN - 1 MAC 2016)

Perkhabaran yang mungkin semua sedia maklum, Pn. YEOH LAY EAN kini sedang bercuti disebabkan musibah yang melanda sejak  pertengahan 2015 lagi...Doakan beliau  semoga cepat sembuh dan boleh mengikuti serta menjayakan agenda membangunkan SDH PPUM seperti sedia kala..

Assalamualaikum dan Selamat Memabaca!!

Khamis, 11 September 2014

SELAMAT MENGHADAPI CABARAN UPSR

      Musim peperiksaan sudah bermula. Semua pelajar kini sedang tekun mengulangkaji pelajaran yang sepatutnya sudah mereka selesaikan sebelum ini. Tidak terkecuali bagi kami staf Sekolah Dalam Hospital. Kami sudah merangka strategi untuk pelajar ini mengambil peperiksaan, biasanya perkara ini berlaku di atas permintaan pelajar itu sendiri. If they want to make preparartion for UPSR, PT3 n SPM, don't be hesitatate..feel free to call us.We can help them as long as we can do.
     Sementara blog ini ditulis, tertera satu statement yang tidak enak yang membabitkan integriti, iaitu kertas soalan bocor!! ini sudah menjadi viral di laman sosial yang menyatakan satu persatu soalan UPSR Sains (018/028/038)..sedih la,..disebabkan mengejar bai'ah or kecemerlangan sesebuah sekolah, masih ada lagi yang tidak jujur di dalam melaksanakan amanah yang diberi.
      Semua sudah sedia maklum bahawa UPSR Sains akan diadakan semula pada 30 September ini. Kesian mereka yang telah berusaha dengan sebaik mungkin namun disebabkan segelintir manusia yang mengingkari integriti tersebut, bahana yang menimpa sudah tentu menempias kepada lebih 500,000 pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia..Justeru, ini merugikan kerajaan dan negara amnya dari segi mencetak semula soalan dan biarlah pihak polis menyiasat perkara ini di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
       Harapan dari kamiSDH PPUM agar jawab soalan dengan elok, lupakan keadaan sekeliling. Ketepikan isu semasa. Insyaallah, kejayaan tetap akan dikecapi bersama-sama.
    

KURSUS PEMANTAPAN GURU DAN PPM SEKOLAH DALAM HOSPITAL SE-MALAYSIA 2014

NILAI- 26-29 OGOS : Satu kursus peringkat SDH telah berlangsung bertempat di The Anston Hotel, Nilai baru-baru ini. Kursus yang dianjurkan Bahagian Pendidikan Khas, KPM telah dihadiri sebahagian tenaga pengajar dan PPM telah melaksanakan pelbagai bentuk task yang merangkumi aspek pentadbiran, operasi, isu-isu semasa serta maklumat terkini yang berkaitan.
      Bagi pihak SDH PPUM, kursus ini telah dihadiri oleh Penyelia sendiri, En. Adli, Cik Ce'ku Afiza dan PPM diwakili Pn. Mai Nur Farhana. Apa yang dimalumkan di dalam in-House training baru-baru ini, mereka telah membicarakan tentang skop PBPPP, status perjawatan, masalah lokasi,perpindahan dan sebagainya. Kami amat memahami dalam mengoperasikan sekolah baru, banyak prosedur pentadbiran yang perlu diikuti seperti kod sekolah, operasi sekolah, dana, punca kuasa dan sebaginya.
     Apa yang dijelaskan dalam kursus tersebut, mereka memberitahu setakat ini SDH PPUM masih lagi belum ada maklumat di dalam HRMIS. Apapun, diharap agar masalah ini dapat diselesaikan secara bijaksana oleh pihak kementerian. Walau hanya sebahagian sahaja yang tinggal, namun operasi SDH tetap berjalan seperti biasa kerana sudah dasar sekolah tidak boleh ditutup tanpa ada alasan yang munasabah.
 

(Gambar akan diupload kemudian)
    

Khamis, 7 Ogos 2014

SEKOLAH BARU BUKA LEPAS CUTI RAYA

        Mood raya kini sudah melanda semua.... Cuti yang diberikan selama seminggu terasa tidak cukup untuk diterjemahkan betapa kegembiraan ini mampu untuk dinikmati setelah sebulan berpuasa. So,kami di sdhppum tetap jua meraikan seperti yang lain..beraya bersama tanpa melupakan mereka yang kurang bernasib baik. So, inisiatif yang diberikan seperti adat orang kebanyakan iaitu duit raya dan lain-lain, kami juga tetap melakukannya. Itulah jua serba sedikit bantuan yang diberikan sebagai tanda prihatin pihak sdhppum dalam meraikan mereka yang kurang bernasib baik terutama di wad peds onchology..
         Apapun, sekolah tetap berjalan seeperti biasa. Bak kata bait lagu raya yang lazim didengar dicorong-corong radio "Teruskan amalan desa di kota, kunjungi jiran di hari raya ".
          Ok, cukup setakat itu..ooops ! Event yang terdekat selepas ini (kalau ikut sistem generate la...) pada 13.8 ni, pihak Tesco akan mengadakan sambutan oncho  Hari Raya day di wad 5b,7pb,pa...termasuk sekolah sekali di Jabatan Pediatrik, PPUM...semua dijemput hadir..Jumpa di sana!! Kalau ada perubahan nanti kita orang akan maklumkan secepat mungkin..
         Sehingga blog ini ditulis, sekolah sudah bermula pada hari isnin baru-baru ini...harap maklum..Jangan pulak ada yang kata sekolah cuti raya sebulan pulak...hehehehe..